Blog Cikgu.KaharBm

Sunday, 11 November 2012

Lawak Tekanan


Lawak 1.
Ada seorang isteri yg sgt marah kerana si suaminya yg tak pulang2 walaupun dah pukul 12 malam kerana mlm itu ialah ulangtahun perkahwinan mereka. Dia telah bersiap sedia memasak makanan special kegemaran suaminya. Namun, usahanya sia-sia sahaja. Dia cuba menelefon suaminya tetapi tidak diangkat walaupun dah tiga kali dia menelefon. Kerana terlalu kecewa dia meneruskan masakannya dan selepas 10 minit anaknya yg berusia lima tahun pun menghubungi ayahnya. Alangkah terkejutnya si anak apabila yg mengangkat telefon ialah seorang wanita. Maka si ibu pun naik marah apabila mendengar cerita anaknya. Setelah 10 minit maka si ayah pun masuk belum sempat memberi salam dia telah diketuk dengan lesung batu sehingga cedera parah...hampir pengsan. Jiran-jiran pun terkejut gila dan berkumpul di hadapan rumah mereka. Seorang mak cik pun bertanya apa yg terjadi. Si isteri pun memberitahu suaminya curang dan menyuruh anaknya menceritakan. Anaknya memberitahu "No yg anda dail sedang di luar kawasan...." dan suara seorang wanita. Bila si isteri mendengar dia pun menyesal kerana itu suara operator...hahahah..pengajarannya jangan cemburu buta.

Lawak 2

Seorang budak baru masuk tadika dan cikgunya bertanya 1 + 1 = berapa Amin ? Dia tidak tahu lalu diarahkan untuk bertanya dengan keluarganya di rumah. Apabila sampai di rumah, maka Amin pun bertanya dengan beberapa orang ahli keluarganya. Antara jawapan yg diterima seperti di bawah ;

Ayah yg sedang tengok tv : Itupun tak tahuka ? Bodohnya awak ni
Kakak yg sedang masak :

Friday, 9 November 2012

BM TINGKATAN EMPAT & LIMA

BAHAGIAN A - RUMUSAN

Anda perlu mencari isi-isi penting sekurang-kurangnya 8 isi iaitu isi tersurat (yang ada dala petikan sesuai dengan kehendak soalan dan isi tersirat yang anda perlu fikirkan sendiri sesuai dengan tajuk soalan)

SKEMA PEMARKAHAN SPM RUMUSAN

Pendahuluan = 2 M - hanya gunakan satu ayat sahaja sudah memadai
Isi Tersurat = 8 M - sekurang-kurangnya 5 isi untuk lebih selamat
Isi Tersirat = 8 M - sekurang-kurangnya 5 isi
Penutup = 1 M - gunakan satu ayat sahaja dan setengah markah untuk bahasa

Formula PENGENALAN = JKKI = (J-JENIS BAHAN-KK-KATA KERJA-I-ISU SOALAN)
Formula PENUTUP = CUT = C-CADANGAN-U-UNGKAPAN-T-TUJUAN)

Contoh Pengenalan ; Petikan (jenis bahan) membincangkan (kata kerja) masalah yang wujud akibat remaja yang terlibat dengan gejala sosial. (isu soalan)

Contoh Penutup ; Tuntasnya, pelbagai pihak perlu menggiatkan usaha (C) dalam mengatasi masalah ini (U) agar dapat melahirkan remaja yang terbilang pada masa hadapan (T)




DAPATKAN BUKU INI DENGAN HARGA YG TERENDAH DI PASARAN HANYA RM 10.00 SAHAJA.
 
TEKNIK PENYAMPAIAN MENGIKUT SUSUNAN FORMULA YANG DIGUNAKAN
 
TELAH MERANGKUMI SEMUA TAJUK YG SEWAJIBNYA DIKETAHUI & DIFAHAMI OLEH PARA PELAJAR PERINGKAT PMR DAN SPM.
 
LENGKAP DENGAN PERIBAHASA & PERKATAAN YG BERSTANDARD TINGGI.

Wednesday, 7 November 2012

RAHSIA BAGAIMANA MAMPU MENJANA RM 5000++SEBULAN

KEBEBASAN KEWANGAN & MASA.
Syukur kehadrat Ilahi kerana menemukan aku dengan hidupku kini. Kesusahan yg dulu menjadi temanku kini pergi jauh dan kesenangan serta ketenangan kini menjadi teman hidupku. Segala keperitan kini berbaloi....akhirnya aku mampu memiliki sebuah rumah, kereta dan keluarga hasil titik peluhku yg hanya bekerja 3-5 jam sehari tapi bisa menghasilkan pulangan yg lumayan

 

RAHSIA TUISYEN LUBUK KEWANGAN

Perkara ini sudah dibongkarkan di Malaysia dengan terperinci oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Master Yus... Namun perbezaannya dengan saya mereka adalah golongan profesional yg menggunakan modal yg besar utk membina empayer manakala saya hanya insan kerdil yg bergerak dari satu tangga ke tangga yg lain. Mengapa tuisyen ? Pernahkah anda terfikir bahawa di Malaysia ini sehinggalah kita dewasa pendidikan dan sistem peperiksaan tidak akan hilang dan menjadi tunjang dalam negara. Oleh itu, jelaslah pasarannya terlalu luas dan ia telah menjadi keperluan asas bukannya keselesaan dan kehendak semata-mata. Bagaimana anda bisa berjaya ? Di bawah ini ialah contoh home tuisyen yg saya kendalikan setakat ini dan syukur kepada Allah mereka meneruskannya tahun hadapan..amin


 

"Biar kecil asal berhasil, jangan besar tetapi cepat Bubar"

Pertama, berpeganglah kepada prinsip di atas. Kita kena bermula dengan yang asas dan jangan terlalu tamak dalam mengejar keuntungan yg belum pasti. Mulakan langkah pertama anda dengan menghadiri temu duga yg anda boleh dapati dalam mana-mana surat khabar di Malaysia. Tetapi sebelum itu pastikan anda tahu asas subjek yg anda ingin ajar supaya dapat meyakinkan penemuduga.
 
"Ibarat padi semakin berisi semakin Tunduk"
 
Langkah kedua... berpeganglah kepada prinsip di atas semakin kita berilmu semakin kita merendahkan diri. Saya masih ingat lagi kenangan semasa first time berkacimpung dalam bidang ini. Dengan bekerja 5 jam sehari saya hanya berjaya mendapat RM 900.00 sebulan ... tapi cukuplah kerana pada ketika itu masih bujang. Apabila anda ditanya tentang jangkaan upah ... katakanlah RM 25-RM 30 sejam jika anda masih baru. Mereka tidak akan menolak permohonan anda kerana ia merupakan kadar bayaran yg paling minima terutamanya di bandar-bandar besar. Jika pelajar sudah mula menyukai anda, nescaya tahun depan anda bisa meminta kenaikan mungkin ke RM 35 sejam atau lebih apatah lagi jika anda ialah "guru kegemaran@popular" para pelajar sehingga kelas boleh mencecah 30-50 orang...
 
"Mengapa dan Bagaimana ?"
 
Saya masih mengingati seorang guru sekolah yg bertanya kepada saya satu soalan. Berani sungguh cikgu kerja macam ni ya boleh hidupka ? Saya pun tersenyum dan memberitahu dengan jawapan ringkas ... cukup dan bolehlah .... lagipun rezeki itu Allah yg atur kita hanya perlu berusaha, yakin, ikhlas dan berserah... Soalan pertama mengapa pusat tuisyen langkah pertama anda ? Banyak faedahnya antaranya ialah ;
  1. sudah ada pelajar dan anda tidak perlu pening kepala untuk mencarinya
  2. walaupun pelajar sedikit anda tetap dibayar dengan jumlah yg dipersetujui
  3. kerja anda tidak tergganggu oleh cuaca...hujan, panas, ribut dan petir gaji tetap jalan
  4. bahan telah disediakan .... anda hanya perlu faham dan ajarkan .. so, tidak perlu modal
  5. set jawapan utk guru disediakan ... jadi tak adalah masalah salah ajar atau ragu-ragu

MUDAH BUKAN ..... TETAPI INGAT TUGAS GURU UNTUK MENDIDIK SEIKHLASNYA BUKAN MENJADI GURU YG HANYA "CURI TULANG"

Bagaimana .... untuk memaksimumkan pendapatan ?Itu sangat mudah .... anda hanya perlu mencari pusat tuisyen yg menawarkan tiga kelas dalam sehari terutamanya Form 1 hingga Form 3 ... mereka akan mengupah guru yg sama .... bayangkan jika pendapatan anda sehari RM 30 x 3 = RM 90 x 20 hari secara part time sahaja .. berapa yang anda peroleh. Jawapannya anda pun tahu iaitu jumlah gaji pemegang Ijazah iaitu RM 1800.00 bukan ....anda hanya bekerja 3 jam sehari tetapi boleh menjananya dengan mudah dan masa yg terluang anda sendiri fikirkan untuk apa ....tepuk dada tanya selera ..

KELEMAHAN PUSAT TUISYEN.

Semua pekerjaan memerlukan pengorbanan terutamanya tenaga dan masa. Jika anda benar-benar ingin berkecimpung dalam bidang ini anda perlu mengetepikan kepentingan yg lain terutamanya masa. Ini disebabkan kebanyakan tuisyen bermula pada waktu petang iaitu pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam. Bagi mereka yg aktif bersukan pasti sukar termasuklah saya sendiri. Jika dulu bola sepak dan badminton adalah aktiviti rutin kini ia hanya menjadi amalan mingguan kerana tidak ada masa yg terluang.

Anda juga memerlukan tenaga dan kesihatan yg berterusan kerana anda terpaksa menggunakan tenaga selama 3 jam berturut-turut untuk mengajar dan menggunakan minda dan kotak suara. Apa yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak mampu mengawal karenah dan emosi apatah lagi apabila berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yg nakal dan kacang hantu.. Di sinilah rahsia yg anda perlu tahu bagaimana anda harus bijak menarik perhatian pelajar dan melibatkan mereka dalam perbincangan bukannya secara paksa dan menjadi guru "syok sendiri". Bagaimana dan apakah caranya ?

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENAMBAHKAN LAGI WANG ANDA ?



Sesudah anda bertapak dengan baik dalam mana-mana pusat tuisyen, pasti anda ingin menambahkan lagi wang poket anda kerana biasalah lumrah manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dimiliki...tetapi tidak salah untuk kita berubah cuma jangan sehingga lupa diri dan melewati batas-batas agama.

Bukankah..sebelum ini saya pernah katakan bahawa kebanyakan kelas tuisyen ini bermula jam enam petang. Maka, jelaslah anda masih mempunyai masa yang panjang untuk diisi iaitu dari pukul 9 pagi sehinggalah pukul 5 petang. Apa yang anda boleh lakukan ? Rasanya anda pun tahu iaitu membuka kelas tuisyen sendiri ataupun home tuisyen kerana kadar bayarannya adalah lebih mahal jika anda tahu caranya. Keistimewaannya kita boleh fokus dan tidak memerlukan tenaga yg terlalu banyak kerana melibatkan seorang ataupun kumpulan kecil. Secara jujurnya, pendapatan saya peroleh lebih banyak daripada home tuisyen kerana bagi satu kelas PMR utk satu kelas paling kurang sebulan RM 300.00 dan SPM RM 400.00. Bayangkanlah anda mempunyai 5 kelas seminggu yg melibatkan pelajar SPM sudah tentu pendapatan minima anda RM 2000 sebulantTetapi perlu diingat bahawa semua ini bukannya datang begitu mudah ... semuanya perlu cara yang tersendiri untuk menghasilkan pemasaran yang berkesan .. APAKAH RAHSIA PEMASARAN TERSEBUT ?

MASIH TAK CUKUP! ADAKAH CARA YANG LAIN ?

Sudah tentu. Cuma cara ini memerlukan anda telah sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dan kredibiliti anda telah diakui oleh ibu bapa, pusat tuisyen dan masyarakat sekitar. Dengan cara yang ketiga ini saya mampu menjana beribu-ribu ringgit dalam seminggu. Pengalaman pertama saya pada 7 oktober 2012 tahun ini. Saya telah berjaya menghasilkan set ramalan BM dan Geo PMR dan memasarkannya dalam Facebook dan pusat tuisyen. Tak sangka ... bila balik rumah isteri saya kira ia mencecah RM 2100.. dalam sehari sahaja.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala saya dijemput untuk memberikan seminar, bengkel dan ceramah peperiksaan. Upahnya lebih mahal kerana ia melibatkan pelajar yang ramai. Untuk sampai ke level ini anda perlu mengetahui teknik dan rahsianya yang tidak semua orang tahu.. ia hanya diperoleh daripada pengalaman, penganalisaan dan penghasilan bahan yang berkualiti dan penyampaian yg tepat. Pasti anda ingin tahu bagaimanakah caranya ?

Friday, 2 November 2012

FORMULA BM PMR A +++

A. K.G.NAMA.DIRI.1&2

Mesti menerima kata bantu terlebih dahulu di hadapan KGND.
Contoh 1: Drama itu saya akan tonton malam ini  (x)
               Drama itu akan saya tonton malam ini (B) kerana kata bantu di hadapan
Contoh 2 : Buah itu kami telah agihkan kepada anaj yatim (x)
                  Buah itu telah kami agihkan kepada anak yatim (B) kerana k.bantu di hadapan KGND.

B. KGND KE-3
Mesti menerima di_oleh dihadapannya.
Contoh 1 ; Bas yang mereka naiki telah bertolak pagi tadi (x)
                  Bas yg dinaiki oleh mereka telak bertolak pagi tadi (B)
Contoh 2 ; Roti itu telah ayah makan (S)
                  Roti itu telah dimakan oleh ayah (B)

C. IMBUHAN MEN_KAN (OBJEK) IMBUHAN MEN_I (ORANG)

Contoh 1 ; Ayah mengirimkan adik sejumlah duit untuk kegunaan harian (S)
                  Ayah mengirimi adik sejumlah duit untuk kegunaan harian (B)
Contoh 2 ; Sultan menganugerahi sepersalinan pakaian kepada Hang Tuah (S)
                  Sultan menganugerahkan sepersalinan pakaian kepada Hang Tuah (B)


D. KATA ADJEKTIF PERASAAN MESTI MENERIMA AKAN

Contoh 1 ; Ali sangat rindu kepada keluarganya di kampung (S)
                 Ali sangat rindu akan keluarganya di kampung (B)

Contoh 2 ; Ramai pekerja menyukai akan pekerja baharu itu kerana sikapnya yg ramah. (S)
                  Ramai pekerja menyukai pekerja baharu itu kerana sikapnya yg ramah (B)
ulasan ; ayat yg kedua tidak perlu akan kerana jika kata adjektif perasaannya sudah menerima imbuhan maka kita tidak perlu menambahkan akan ke dalam ayat tersebut.

E. KATA SALING DAN KATA PENGUAT TIDAK BOLEH MENERIMA KATA GANDA SELEPAS KATA TERSEBUT.

Contoh 1 ; Para pelajar saling saing-menyaingi dalam perlumbaan tersebut (S)
                  Para pelajar saling bersaing dalam perlumbaan tersebut (B)

Contoh 2 ; Pelajar di dalam kelas itu sangat bijak-bijak belaka (S)
                  Pelajar di dalam kelas itu sangat bijak (B)


Bagaiamana, adakah anda semua dapat mehami pembelajaran kita setakat ini ? Untuk lebih mahir anda perlukan latihan berterusan agar anda lebih memahami penggunaan setiap formula dalam konteks ayat dan bentuk soalan yg berbeza-beza.