Blog Cikgu.KaharBm

Wednesday, 7 November 2012

RAHSIA BAGAIMANA MAMPU MENJANA RM 5000++SEBULAN

KEBEBASAN KEWANGAN & MASA.
Syukur kehadrat Ilahi kerana menemukan aku dengan hidupku kini. Kesusahan yg dulu menjadi temanku kini pergi jauh dan kesenangan serta ketenangan kini menjadi teman hidupku. Segala keperitan kini berbaloi....akhirnya aku mampu memiliki sebuah rumah, kereta dan keluarga hasil titik peluhku yg hanya bekerja 3-5 jam sehari tapi bisa menghasilkan pulangan yg lumayan

 

RAHSIA TUISYEN LUBUK KEWANGAN

Perkara ini sudah dibongkarkan di Malaysia dengan terperinci oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Master Yus... Namun perbezaannya dengan saya mereka adalah golongan profesional yg menggunakan modal yg besar utk membina empayer manakala saya hanya insan kerdil yg bergerak dari satu tangga ke tangga yg lain. Mengapa tuisyen ? Pernahkah anda terfikir bahawa di Malaysia ini sehinggalah kita dewasa pendidikan dan sistem peperiksaan tidak akan hilang dan menjadi tunjang dalam negara. Oleh itu, jelaslah pasarannya terlalu luas dan ia telah menjadi keperluan asas bukannya keselesaan dan kehendak semata-mata. Bagaimana anda bisa berjaya ? Di bawah ini ialah contoh home tuisyen yg saya kendalikan setakat ini dan syukur kepada Allah mereka meneruskannya tahun hadapan..amin


 

"Biar kecil asal berhasil, jangan besar tetapi cepat Bubar"

Pertama, berpeganglah kepada prinsip di atas. Kita kena bermula dengan yang asas dan jangan terlalu tamak dalam mengejar keuntungan yg belum pasti. Mulakan langkah pertama anda dengan menghadiri temu duga yg anda boleh dapati dalam mana-mana surat khabar di Malaysia. Tetapi sebelum itu pastikan anda tahu asas subjek yg anda ingin ajar supaya dapat meyakinkan penemuduga.
 
"Ibarat padi semakin berisi semakin Tunduk"
 
Langkah kedua... berpeganglah kepada prinsip di atas semakin kita berilmu semakin kita merendahkan diri. Saya masih ingat lagi kenangan semasa first time berkacimpung dalam bidang ini. Dengan bekerja 5 jam sehari saya hanya berjaya mendapat RM 900.00 sebulan ... tapi cukuplah kerana pada ketika itu masih bujang. Apabila anda ditanya tentang jangkaan upah ... katakanlah RM 25-RM 30 sejam jika anda masih baru. Mereka tidak akan menolak permohonan anda kerana ia merupakan kadar bayaran yg paling minima terutamanya di bandar-bandar besar. Jika pelajar sudah mula menyukai anda, nescaya tahun depan anda bisa meminta kenaikan mungkin ke RM 35 sejam atau lebih apatah lagi jika anda ialah "guru kegemaran@popular" para pelajar sehingga kelas boleh mencecah 30-50 orang...
 
"Mengapa dan Bagaimana ?"
 
Saya masih mengingati seorang guru sekolah yg bertanya kepada saya satu soalan. Berani sungguh cikgu kerja macam ni ya boleh hidupka ? Saya pun tersenyum dan memberitahu dengan jawapan ringkas ... cukup dan bolehlah .... lagipun rezeki itu Allah yg atur kita hanya perlu berusaha, yakin, ikhlas dan berserah... Soalan pertama mengapa pusat tuisyen langkah pertama anda ? Banyak faedahnya antaranya ialah ;
  1. sudah ada pelajar dan anda tidak perlu pening kepala untuk mencarinya
  2. walaupun pelajar sedikit anda tetap dibayar dengan jumlah yg dipersetujui
  3. kerja anda tidak tergganggu oleh cuaca...hujan, panas, ribut dan petir gaji tetap jalan
  4. bahan telah disediakan .... anda hanya perlu faham dan ajarkan .. so, tidak perlu modal
  5. set jawapan utk guru disediakan ... jadi tak adalah masalah salah ajar atau ragu-ragu

MUDAH BUKAN ..... TETAPI INGAT TUGAS GURU UNTUK MENDIDIK SEIKHLASNYA BUKAN MENJADI GURU YG HANYA "CURI TULANG"

Bagaimana .... untuk memaksimumkan pendapatan ?Itu sangat mudah .... anda hanya perlu mencari pusat tuisyen yg menawarkan tiga kelas dalam sehari terutamanya Form 1 hingga Form 3 ... mereka akan mengupah guru yg sama .... bayangkan jika pendapatan anda sehari RM 30 x 3 = RM 90 x 20 hari secara part time sahaja .. berapa yang anda peroleh. Jawapannya anda pun tahu iaitu jumlah gaji pemegang Ijazah iaitu RM 1800.00 bukan ....anda hanya bekerja 3 jam sehari tetapi boleh menjananya dengan mudah dan masa yg terluang anda sendiri fikirkan untuk apa ....tepuk dada tanya selera ..

KELEMAHAN PUSAT TUISYEN.

Semua pekerjaan memerlukan pengorbanan terutamanya tenaga dan masa. Jika anda benar-benar ingin berkecimpung dalam bidang ini anda perlu mengetepikan kepentingan yg lain terutamanya masa. Ini disebabkan kebanyakan tuisyen bermula pada waktu petang iaitu pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam. Bagi mereka yg aktif bersukan pasti sukar termasuklah saya sendiri. Jika dulu bola sepak dan badminton adalah aktiviti rutin kini ia hanya menjadi amalan mingguan kerana tidak ada masa yg terluang.

Anda juga memerlukan tenaga dan kesihatan yg berterusan kerana anda terpaksa menggunakan tenaga selama 3 jam berturut-turut untuk mengajar dan menggunakan minda dan kotak suara. Apa yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak mampu mengawal karenah dan emosi apatah lagi apabila berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yg nakal dan kacang hantu.. Di sinilah rahsia yg anda perlu tahu bagaimana anda harus bijak menarik perhatian pelajar dan melibatkan mereka dalam perbincangan bukannya secara paksa dan menjadi guru "syok sendiri". Bagaimana dan apakah caranya ?

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENAMBAHKAN LAGI WANG ANDA ?



Sesudah anda bertapak dengan baik dalam mana-mana pusat tuisyen, pasti anda ingin menambahkan lagi wang poket anda kerana biasalah lumrah manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dimiliki...tetapi tidak salah untuk kita berubah cuma jangan sehingga lupa diri dan melewati batas-batas agama.

Bukankah..sebelum ini saya pernah katakan bahawa kebanyakan kelas tuisyen ini bermula jam enam petang. Maka, jelaslah anda masih mempunyai masa yang panjang untuk diisi iaitu dari pukul 9 pagi sehinggalah pukul 5 petang. Apa yang anda boleh lakukan ? Rasanya anda pun tahu iaitu membuka kelas tuisyen sendiri ataupun home tuisyen kerana kadar bayarannya adalah lebih mahal jika anda tahu caranya. Keistimewaannya kita boleh fokus dan tidak memerlukan tenaga yg terlalu banyak kerana melibatkan seorang ataupun kumpulan kecil. Secara jujurnya, pendapatan saya peroleh lebih banyak daripada home tuisyen kerana bagi satu kelas PMR utk satu kelas paling kurang sebulan RM 300.00 dan SPM RM 400.00. Bayangkanlah anda mempunyai 5 kelas seminggu yg melibatkan pelajar SPM sudah tentu pendapatan minima anda RM 2000 sebulantTetapi perlu diingat bahawa semua ini bukannya datang begitu mudah ... semuanya perlu cara yang tersendiri untuk menghasilkan pemasaran yang berkesan .. APAKAH RAHSIA PEMASARAN TERSEBUT ?

MASIH TAK CUKUP! ADAKAH CARA YANG LAIN ?

Sudah tentu. Cuma cara ini memerlukan anda telah sampai ke satu tahap yang lebih tinggi dan kredibiliti anda telah diakui oleh ibu bapa, pusat tuisyen dan masyarakat sekitar. Dengan cara yang ketiga ini saya mampu menjana beribu-ribu ringgit dalam seminggu. Pengalaman pertama saya pada 7 oktober 2012 tahun ini. Saya telah berjaya menghasilkan set ramalan BM dan Geo PMR dan memasarkannya dalam Facebook dan pusat tuisyen. Tak sangka ... bila balik rumah isteri saya kira ia mencecah RM 2100.. dalam sehari sahaja.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala saya dijemput untuk memberikan seminar, bengkel dan ceramah peperiksaan. Upahnya lebih mahal kerana ia melibatkan pelajar yang ramai. Untuk sampai ke level ini anda perlu mengetahui teknik dan rahsianya yang tidak semua orang tahu.. ia hanya diperoleh daripada pengalaman, penganalisaan dan penghasilan bahan yang berkualiti dan penyampaian yg tepat. Pasti anda ingin tahu bagaimanakah caranya ?

1 comment: