Mesti menerima kata bantu terlebih dahulu di hadapan KGND.
Contoh 1: Drama itu saya akan tonton malam ini (x)
Drama itu akan saya tonton malam ini (B) kerana kata bantu di hadapan
Contoh 2 : Buah itu kami telah agihkan kepada anaj yatim (x)
Buah itu telah kami agihkan kepada anak yatim (B) kerana k.bantu di hadapan KGND.
B. KGND KE-3
Mesti menerima di_oleh dihadapannya.
Contoh 1 ; Bas yang mereka naiki telah bertolak pagi tadi (x)
Bas yg dinaiki oleh mereka telak bertolak pagi tadi (B)
Contoh 2 ; Roti itu telah ayah makan (S)
Roti itu telah dimakan oleh ayah (B)
C. IMBUHAN MEN_KAN (OBJEK) IMBUHAN MEN_I (ORANG)
Contoh 1 ; Ayah mengirimkan adik sejumlah duit untuk kegunaan harian (S)
Ayah mengirimi adik sejumlah duit untuk kegunaan harian (B)
Contoh 2 ; Sultan menganugerahi sepersalinan pakaian kepada Hang Tuah (S)
Sultan menganugerahkan sepersalinan pakaian kepada Hang Tuah (B)
D. KATA ADJEKTIF PERASAAN MESTI MENERIMA AKAN
Contoh 1 ; Ali sangat rindu kepada keluarganya di kampung (S)
Ali sangat rindu akan keluarganya di kampung (B)
Contoh 2 ; Ramai pekerja menyukai akan pekerja baharu itu kerana sikapnya yg ramah. (S)
Ramai pekerja menyukai pekerja baharu itu kerana sikapnya yg ramah (B)
ulasan ; ayat yg kedua tidak perlu akan kerana jika kata adjektif perasaannya sudah menerima imbuhan maka kita tidak perlu menambahkan akan ke dalam ayat tersebut.
E. KATA SALING DAN KATA PENGUAT TIDAK BOLEH MENERIMA KATA GANDA SELEPAS KATA TERSEBUT.
Contoh 1 ; Para pelajar saling saing-menyaingi dalam perlumbaan tersebut (S)
Para pelajar saling bersaing dalam perlumbaan tersebut (B)
Contoh 2 ; Pelajar di dalam kelas itu sangat bijak-bijak belaka (S)
Pelajar di dalam kelas itu sangat bijak (B)

No comments:
Post a Comment